Assalamualaikum semua..
Sayang korang muahh muahh |
Entry kali ni aku nak cter dekat korang pengalaman aku time minggu suai mesra (MSM) dekat UMS. Actually ada dua taw MSM satu under Universiti satu lagi under kolej kediaman.
So first thing aku nak cter dekat korang MSM under universiti ni, selama seminggu tu korang akan ulang-alik pergi Dewan Canselor (DC), memang superb lawa la dewan canselor UMS ni, nanti aku belanja gmbar ogeyy :p Pagi2 subuh lagi korang dikejutkan around jam 5 pagi macam tu solat subuh, siap2 mandi semua then of course korang kena pkai baju formal kan. Taw dah kan baju formal tu yang mcm mana ? okey yang tu takyah explain hehe, okey then korang kena turun pergi cafe beratur nak ambil makanan, untuk pengetahuan korang makanan dan minuman free off charge jadi korang tak perlu la nak bawa duit banyak dlam pocket tu just bawa sikit lah manalah tahu tetiba haus nak beli air dekat machine gedegang ( aku panggil gedegang sbb bila air tin tu jatuh dekat bawah machine bunyi gedeganggang hehe :P )
Okey lepas je korang dapat makanan tu korang kena pergi padang kawad beratur nak naik bas UMS, aku nasihatkan korang la turun awal ambil makanan supaya nanti korang takyah la nak berebut naik bas and of course dapat datang awal dekat DC :)
Ni lah Dewan Canselor UMS, paling cantik dekat belah atas tu :D |
Time ni beratur nak naik bas pergi DC |
Sekarang ni aku nak cter psal MSM under kolej kediaman, tapi aku dapat cter dekat korang kolej kediaman E jela, sebab yang kolej lain aku kurang pasti macam mana minggu MSM dorang :D
Actually tujuan sebenar MSM kolej kediaman ni dorang nak kenalkan dekat kita dengan Felo2 yang ada untuk setiap blok, AJK Jakmas kampung E, ( kenapa kampung E baca entry aku sebelum ni yer ) dan kelab2 yang ada dalam kolej kediaman ni. Kampung E ni memang banyak kelab2 yang tertubuh, kalau tidak silap 12 kelab antaranya kelab kompang, kelab silat kalimah, kelab Seni muzik Tradisi ( E- SEMTRA), kelab Akustik, kelab Lentera Tari, bagi kelab lentera tari ni boleh lah join bagi sesiapa yang berminat nak berzumba, sebab memang fun la , berzumba at the same time dapat hilangkan stress korang tu :p Actually banyak lagi kelab2 yang menarik tapi aku tak ingat hehe.. nanti pandai2 lah korang pilih yang mana korang rasa boleh buat korang enjoy. Setiap kelab akan berlainan dorang punya timing perjumpaan so korang kena alert nanti taw bila perjumpaan kelab tu, macam aku hari tu tak alert punya pasal dah 4 kali perjumpaan yang pertama aku dah terlepas haha teruk kann ?? urmm so korang alert la eh nanti :)
Ni nak belanja sikit gambar aku time MSM :D Checkidout
Ni time MSM under kolej kediaman :) Aku dengan beraninya buat persembahan tarian Sarawak haha |
Time di kompleks sukan UMS |
With our baju koperat day, my new friends in sabah merangkap my room mate, Mimie, Esah, and Kathy |
0 comments:
Post a Comment